Friday, May 27, 2011

Sekadar ingatan.....

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...

Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...



Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu...

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih Yang Satu...

Sunday, May 22, 2011

lagi sekali.

pukul 2 lebih tadi aku batuk darah lagi.. banyak plak tu, smpai sakit dada aku ni.. lepas tu aku telan ubat batuk dan terus rehat.. tapi dada aku rasa macam sempit sangat nak bernafas.. YaAllah.. berikan la aku kekuatan untuk menjalani ujian dan dugaan MU ini..

Friday, May 20, 2011

check darah

pg td aku g hantar kahak kat makmal klinik kesihatan pandamaran.. pastu aku trus ambil nombor untuk ambil darah plak.. asyik kena tggu giliran je.. nasib baik tak kne tggu lama.. sampai giliran aku.. aku pun msuk la kat bilik untuk ambil darah tu.. aku pun duduk kat kerusi sebelah doktor tu.. perrgghh!! aku tengak doktor tu ambil jarum je aku dah cuak.. tapi aku buat selamber je.. 1st time pengalaman aku kena ambil darah.. sakit gak la time kena cucuk tu tapi tak de la sakit sangat.. tapi lepas ambil darah tu aku kena cucuk lagi, tapi aku tak tahu tu untuk pe, doktor tu masukkan air.. bape banyak kali kena cucuk la...huhu.. tapi lepas kena cucuk tu, urat yang tempat ambil darah tu bengkak besar dah macam separuh bola pingpong..hahaha.. lepas tu aku terus gerak ke makmal semula untuk hantar sample darah tu.. tapi time aku jalan nak g makmal tu tetibe aku rasa macam nak pitam.. aku rasa cuak gila sebab aku fikir cane aku nak balik nanti sebab dah la aku g sorang2 naik motor.. lepas bagi sample darah tu aku mintak kebenaran akak yang jaga makmal tu untuk berehat sekejap.. akak tu pun terkejut tengok muka aku pucat dan suruh aku rehat dulu.. dalam 15 minit aku rehat , aku mula rasa aku dah boleh gerak balik.. so.... aku pun balik umah dengan selamat :)

Tuesday, May 17, 2011

hidupKU

pagi semalam dalam pukul 6 lebih aku tersedar ketika tidur.. sbb time tu aku batuk kuar darah lagi.. ni dah kali kedua jadi macam ni kat diri aku.. aku lekas2 bangun pergi kedapur untuk cuci darah tu.. mama aku nmpk yang aku batuk darah.. pastu aku sambung tido balik.. dalam kul 9 lebih mama kejutkan aku dan sruh aku bersiap untuk bawa aku ke hospital.. sampai di hospital seperti biasa aku terpaksa menunggu giliran.. aku merasa takut sgt masa tu sbb aku memang xsuka pergi hospital.. penat menunggu sampai la nombor giliran aku.. aku pun msuk la kat bilik pemeriksaan.. selepas itu doktor tu suruh aku buat xray.. de ke patut doktor tu tnye aku mengandung ke x, gila ke apa, aku belum "main" lagi cane nk mengandung.. aku pun bergerak la kt blik xray.. macam biasa aku kne tggalkn sume pakaian aku.. ni kali kedua gak aku kne xray.. selesai xray aku ke blik doktor tu semula.. selepas pemeriksaan di jalankan aku di sahkan mengidap penyakit TB (batuk kering) iaitu sejenis penyakit yg agak bahaya.. herm... aku pun pulang ke rumah dengan di bekalkan ubat batuk.. sok pula aku kne g klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan darah dan air liur untuk sah kan sama ada aku betul2 kne TB atau x.. 

Monday, May 9, 2011

15 perkara buat perempuan TERSENYUM ^_^

1. Pegang tangannya bila-bila masa ........ walaupun jika itu hanya untuk satu saat.

2. Peluk dia dari belakang.

3.Jangan pergi jalan keluar dengan bekas kekasih anda saat dia sedang tidak bersama anda, anda mungkin tidak menyedari betapa sakit nya hati dia.

4.Jika anda sedang berbicara tentang seorang gadis lain, ketika anda selesai berbicara,berjalan dan peluklah dia serta ciumlah dia ....... biarkan dia tahu, awak dia yang punya, bukan mereka.

5. Main dengan rambut dia.

6. Marah jika ade lelaki lain menyentuhnya, dan dia tidak menyukainya.

7. Buat dia ketawa.

8. Biarkan dia tertidur dalam pelukan anda.

9. Kalau dia marahkan anda, cium dia.

10. Kalau ada kesah tentang dia.then, beritahu dia.

11.  Tengok mata dia dan senyum.

12.  Kalau anda sedang dengar lagu, biar dia dengar sekali.

13.  Ingat hari lahir dia, berikan dia sesuatu, tak kesahla  tak mahal and simple je..yang penting ianya datang dari anda.

14. Beri apa yang dia mahu.

15. Keluar dengan dia, bila anda free, and anda sepatutnya sentiasa free dengan dia.

Saturday, May 7, 2011

khas untuk mama..

HAPPY MOTHER'S DAY MUMMY.. i love you so much.. terima kasih kerana dah membesarkn akak, abang dan lukman selama ni.. akak sayang mama sangat2.. mmwwaaaahhxx!!!! kad ni akak buat khas utk mama.. akak ihklas buat utk mama.. hehe.. cantik kn....

Thursday, May 5, 2011

kenalan baru ku ;)

hari ni aku nak kisah lain daripada lain.. nak cerita pasal seorang kawan baru aku.. nama dia Wan Mohd Ariff.. aku mula2 kenal dia kat tagged.. lepas tu beralih ke facebook.. aku nak cerita sikit pasal diri dia.. apa yang aku tahu dia mempunyai ketinggian 180cm
( tinggi btl dia ni, mcm tiang lampu. huhuhu.. ooppss!!! sorry, xde niat nk kutuk tp ngate je ^_^ ) dan berat dia ialah dua kali ganda berat aku. hahaha... ( kalau berat aku 40kg, kira sendiri la berat dia berapa.. ) sekarang ni dia masih belajar di UITM Shah Alam 
( wow!!!! budak U tu.. xsangka aku berkawan dgn budak U.. aku ni setakat kolej jerk. hikhikhik ). kalau nak tahu cane orangnya, gambar kat sebelah ni la dia >>>>>  ( comel kn.. kn.. kn.. ayu je dia senyum ^_^ ) ni pun aku curi kat facebook dia, tapi dia tahu kot aku amik..ahaha ( awk, sy curi pic awk tau, jgn marah ek ;p ) ini lah kisah serba sedikit mengenai 'kenalan baru ku ;)'